SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Friday, December 4, 2009

Pesta Permainan Murid-murid Tahun 6






Selepas UPSR, murid-murid tahun 6 telah mengadakan pesta permainan untuk mengisi slot aktiviti selepas UPSR. Pertandingan bola sepak dan bola jaring telah diadakan. Juga diadakan pertandingan catur, dam haji, congkak, karum dan sahibba. Semua guru tahun 6 telah terlibat secara langsung dalam pesta permainan ini.


Mural......Ilham Guru Besar



Mural ini telah diilhamkan oleh Guru Besar SKPJ 4, Tn. Hj. Alias. Cuba tafsirkan apa maksud kedua-dua mural ini...




Majlis Khatam al-Quran

Tarikh : 17 September 2009
Tempat : Dewan SK Permas Jaya 4




Majlis ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebelum majlis khatam al-Quran diadakan ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Selepas majlis khatam al-Quran diadakan juga pertandingan Hafazan Aya-ayat Lazim antara guru-guru.


Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang berjaya menyelaraskan program ini dengan baik. Terima kasih dan tahniah atas kerjasama guru-guru dalam menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

UPSR 2009

Tarikh : 8, 9 & 10 September 2009

Seramai 73 orang calon akan memduduki UPSR pada tahun ini. Harapan sekolah keputusan tahun ini akan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti berbanding tahun 2008.

Ni dalam gambar ni seorang cikgu tengah mengimbas suhu badan murid sebelum memasuki dewan peperiksaan. Suka betul cikgu tu.... he..he...



Selamat Menjawab... Semoga Berjaya...

Doktor Gigi Kembali Daa.....

Tarikh : 2 November 2009


Tempat : Bilik Rawatan SK Permas Jaya 4








Selepas membuat pemeriksaan awal gigi murid-murid pada awal tahun kali ini dokor gigi kembali semula untuk membuat rawatan gigi pulak. Terima kasih kepada doktor, jururawat dan staf yang terlibat dalam program ini.


Tak lupa jugak kat Guru Bilik Rawatan yang telah berurusan dengan doktor dan jururawat ketika rawatan tersebut dijalankan.








Pesta Sukan Permainan & Sukaneka 2009

Tarikh : 17 November 2009
Hari : Selasa


Tempat : Padang & Gelanggang SK Permas Jaya 4















Terima kasih kepada semua guru dalam menjayakan pesta pada kali ini. Belum pun hilang penat kejohanan balapan dan padang dah sibuk dengan pesta ini pulak. Tapi dengan kesungguhan semua guru, pesta ini dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan.













Tahniah kepada semua pasukan yang menang...




































Kejohanan Balapan & Padang Sekolah

Tarikh : 10 November 2009



Hari : Selasa

Tempat : Padang SK Permas Jaya 4


Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan kejohanan pada kali ini. Walaupun ada ketikanya latihan dan sukantara tertangguh kerana hujan tetapi semuanya dapat dilaksanakan mengikut jadual.



Terima kasih juga kepada Pengetua / Guru Besar sekolah - sekolah yang berhampiran kerana membenarkan guru - guru mereka bertugas sebagai pegawai sukan pada hari tersebut.



Tahniah kepada rumah sukan yang berjaya dalam kejohanan ini.