SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Thursday, June 10, 2010

KEBANGGAAN SEKOLAH.....

Nama : Nor Haliza bt. Bujang

Kelas : 6 Omega 1

Pencapaian : Naib Johan Pertandingan Menulis Esei Hari Guru
Daerah Pasir Gudang 2010


Nor Haliza bt. Bujang



Aktiviti : Kejohanan Balapan & Padang Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2010

Pencapaian : 2 gangsa


Tempat Ke - 3 acara Lontar Bola Lisut

TAHNIAH dan terima kasih kepada guru - guru yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga murid - murid ini berjaya dalam aktiviti yang mereka sertai.

" KE ARAH KECEMERLANGAN SKPJ 4 "

Sunday, May 23, 2010

HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH 2010

Tarikh : 10 April 2010
Tempat : SMK Agama Johor Bahru

Pergerakan Puteri Islam SKPJ4 telah menghantar 6 orang peserta dalam Pertandingan PPIM sempena Hari Puteri Peringkat Daerah Pasir Gudang tahun ini.

Peserta SKPJ4 telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kolaj Kuaci (2 peserta), Menjahit Rumah Butang (2 peserta) dan Memasak Tanpa Api (2 peserta).



Dalam pertandingan tersebut, SKPJ4 telah mendapat Johan dalam pertandingan Kolaj Kuaci. Tahniah kepada Nur Umairah bt. Mohd Sabas dan Nursyafiqah Emylia bt Ahmad kerana telah menunjukkan kreativiti mereka dan telah menaikkan nama SKPJ4.



Sehubungan itu mereka akan mewakili daerah Pasir Gudang ke pertandingan peringkat negeri pada 26 April 2010 nanti.

Kepada guru pembimbing yang bertungkus lumus juga tahniah diucapkan atas kejayaan ini.

Ke Arah Kecemerlangan Kokurikulum SKPJ4.........

Wednesday, May 19, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

Tarikh : 18 - 21 Mei 2010

Masa : 8.00 am - 11.00 am

Tempat :

1. SK Permas Jaya 5 ( Bahasa Melayu ) - 18 Mei 2010

2. SK Permas Jaya 1 ( Matematik ) - 19 Mei 2010

3. SK Taman Permas Jaya 3 ( Bahasa Inggeris ) - 20 Mei 2010

4. SK Permas Jaya 4 ( Sains ) - 21 Mei 2010


Program ini dibuat untuk meningkatkan prestasi murid-murid "harapan lulus" ( HALUS ) dalam UPSR 2010. SKPJ4 telah menjadi tuan rumah untuk subjek Sains. Pn. Hjh Raah bt. Mohd Sam ( GPK 1 SKPJ4 ) telah menjadi penceramah subjek Sains yang telah diadakan di Bilik Kuliah PKG Permas Jaya.

Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU SKPJ4

Tarikh : 17 Mei 2010 ( Isnin )
Tempat : Dewan SKPJ4 dan Hotel NAZA Johor Bahru


Guru Besar dan GPK 1 membacakan perutusan Hari Guru


Ikrar Guru dan nyanyian Kami Guru Malaysia :
Semua guru telah berjaya men'sumbang'kan lagu ini dengan jayanya


Perlawanan bola sepak dan bola jaring antara guru dan murid:
Kedua - dua perlawanan dimenangi oleh pasukan guru


Acara sukaneka : Acara paling ramai guru ngelat....... semua nak menang......
Persembahan dan Majlis Anugerah Guru Subjek Popular


Majlis 'Hi - Tea' di Hotel Naza


Pertukaran hadiah antara guru dan cabutan bertuah


Persembahan karaoke


Mari menjamu selera...............


SELAMAT HARI GURU................ TERIMA KASIH, CIKGU

Guru Pembina Negara Bangsa

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARU GURU 2010

Kami warga SKPJ4 mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru di Malaysia. Kepada guru - guru SKPJ4 terima kasih kerana sanggup memikul tanggung jawab yang diamanahkan untuk mengajar dan mendidik anak - anak murid sekolah ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa anda semua.



Bersabarlah dalam menghadapi segala kepayahan dan kesulitan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BELANG KAKI;

BERGURU KEPALANG AJAR,

IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI.



SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH, CIKGU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

LIGA FUTSAL HARI GURU 2010

Tarikh : 15 Mei 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Gelanggang Futsal TS Best Mart, Permas Jaya
Penyertaan : SKPJ1, SKPJ2, SKPJ3, SKPJ4, SKPJ5/6, SMKPJ, SMKPJ3


SKPJ4 telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang diadakan setiap tahun sempena sambutan hari guru. Pasukan SKPJ4 telah menunjukkan mutu permainan yang baik sepanjang pertandingan ini.

Cikgu - cikgu dan staf yang mewakili SKPJ4 ialah Cikgu Sabri, Cikgu Wan, Cikgu Rozaimie, Cikgu Akmal dan Sukri ( PAP ).

Walaupun gagal meraih johan tetapi semangat juang yang ditunjukan oleh para pemain SKPJ4 mampu untuk mengejutkan pasukan hebat dalam EPL suatu hari nanti.

Tahniah kepada semua pemain kerana membawa nama SKPJ4 sebagai sebuah pasukan yang disegani.



Tak sempat nak ambil gambar masa pertandingan, cuma sempat ambik gambar jersi yang dipakai pada pertandingan tersebut je.....he...he....he........

GOTONG - ROYONG PERDANA 2010

Tarikh : 15 Mei 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 am - 12.00 pm
Tempat : Sekitar Bangunan dan Kawasan Sekolah


Aktiviti ini adalah bersempena dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei 2010. Semua guru dan murid terlibat dalam aktiviti ini. PIBG juga tidak ketinggalan untuk sama - sama menjayakan aktiviti ini.



Tahniah kepada semua guru, murid dan PIBG atas kerjasama yang telah ditunjukkan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua.



Tidak lupa juga kepada Ketua Tukang Masak dan ahli - ahlinya kerana telah menyediakan mee bandung yang sangat sedap dan amat menyelerakan sebagai santapan pada waktu rehat.



Semoga aktiviti ini akan dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab terhadap keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah.

SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..........