SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Sunday, May 23, 2010

HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH 2010

Tarikh : 10 April 2010
Tempat : SMK Agama Johor Bahru

Pergerakan Puteri Islam SKPJ4 telah menghantar 6 orang peserta dalam Pertandingan PPIM sempena Hari Puteri Peringkat Daerah Pasir Gudang tahun ini.

Peserta SKPJ4 telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kolaj Kuaci (2 peserta), Menjahit Rumah Butang (2 peserta) dan Memasak Tanpa Api (2 peserta).



Dalam pertandingan tersebut, SKPJ4 telah mendapat Johan dalam pertandingan Kolaj Kuaci. Tahniah kepada Nur Umairah bt. Mohd Sabas dan Nursyafiqah Emylia bt Ahmad kerana telah menunjukkan kreativiti mereka dan telah menaikkan nama SKPJ4.



Sehubungan itu mereka akan mewakili daerah Pasir Gudang ke pertandingan peringkat negeri pada 26 April 2010 nanti.

Kepada guru pembimbing yang bertungkus lumus juga tahniah diucapkan atas kejayaan ini.

Ke Arah Kecemerlangan Kokurikulum SKPJ4.........

No comments:

Post a Comment