SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Saturday, May 15, 2010

GOTONG - ROYONG PERDANA 2010

Tarikh : 15 Mei 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 am - 12.00 pm
Tempat : Sekitar Bangunan dan Kawasan Sekolah


Aktiviti ini adalah bersempena dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei 2010. Semua guru dan murid terlibat dalam aktiviti ini. PIBG juga tidak ketinggalan untuk sama - sama menjayakan aktiviti ini.



Tahniah kepada semua guru, murid dan PIBG atas kerjasama yang telah ditunjukkan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua.



Tidak lupa juga kepada Ketua Tukang Masak dan ahli - ahlinya kerana telah menyediakan mee bandung yang sangat sedap dan amat menyelerakan sebagai santapan pada waktu rehat.



Semoga aktiviti ini akan dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab terhadap keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah.

SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..........

No comments:

Post a Comment