SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Friday, May 7, 2010

Kebun Dalam Sekolah

Projek kebun sayur ini telah diusahakan oleh pekerja - pekerja swasta ( Kontraktor Kebersihan ) SKPJ 4. Orang yang bertanggungjawab ialah Pn. Zainon bt. Nas. Rajin betul dia berkebun.



Macam - macam ada...... serai, cekur, cili api, ulam raja, bendi dan ubi kayu. Selain dari itu ada juga pokok buah - buahan seperti mangga, pisang dan nangka. Tak ketinggalan juga pokok ciku dan mengkudu.



Ada yang telah memberikan hasil seperti mangga, cili api, ulam raja , pisang dan nangka. Harap - harap projek kebun ini akan berterusan sampai bila - bila.


No comments:

Post a Comment