SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Friday, December 4, 2009

Pesta Permainan Murid-murid Tahun 6






Selepas UPSR, murid-murid tahun 6 telah mengadakan pesta permainan untuk mengisi slot aktiviti selepas UPSR. Pertandingan bola sepak dan bola jaring telah diadakan. Juga diadakan pertandingan catur, dam haji, congkak, karum dan sahibba. Semua guru tahun 6 telah terlibat secara langsung dalam pesta permainan ini.


Mural......Ilham Guru Besar



Mural ini telah diilhamkan oleh Guru Besar SKPJ 4, Tn. Hj. Alias. Cuba tafsirkan apa maksud kedua-dua mural ini...




Majlis Khatam al-Quran

Tarikh : 17 September 2009
Tempat : Dewan SK Permas Jaya 4




Majlis ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebelum majlis khatam al-Quran diadakan ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Selepas majlis khatam al-Quran diadakan juga pertandingan Hafazan Aya-ayat Lazim antara guru-guru.


Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang berjaya menyelaraskan program ini dengan baik. Terima kasih dan tahniah atas kerjasama guru-guru dalam menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

UPSR 2009

Tarikh : 8, 9 & 10 September 2009

Seramai 73 orang calon akan memduduki UPSR pada tahun ini. Harapan sekolah keputusan tahun ini akan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti berbanding tahun 2008.

Ni dalam gambar ni seorang cikgu tengah mengimbas suhu badan murid sebelum memasuki dewan peperiksaan. Suka betul cikgu tu.... he..he...



Selamat Menjawab... Semoga Berjaya...

Doktor Gigi Kembali Daa.....

Tarikh : 2 November 2009


Tempat : Bilik Rawatan SK Permas Jaya 4








Selepas membuat pemeriksaan awal gigi murid-murid pada awal tahun kali ini dokor gigi kembali semula untuk membuat rawatan gigi pulak. Terima kasih kepada doktor, jururawat dan staf yang terlibat dalam program ini.


Tak lupa jugak kat Guru Bilik Rawatan yang telah berurusan dengan doktor dan jururawat ketika rawatan tersebut dijalankan.








Pesta Sukan Permainan & Sukaneka 2009

Tarikh : 17 November 2009
Hari : Selasa


Tempat : Padang & Gelanggang SK Permas Jaya 4















Terima kasih kepada semua guru dalam menjayakan pesta pada kali ini. Belum pun hilang penat kejohanan balapan dan padang dah sibuk dengan pesta ini pulak. Tapi dengan kesungguhan semua guru, pesta ini dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan.













Tahniah kepada semua pasukan yang menang...




































Kejohanan Balapan & Padang Sekolah

Tarikh : 10 November 2009



Hari : Selasa

Tempat : Padang SK Permas Jaya 4


Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan kejohanan pada kali ini. Walaupun ada ketikanya latihan dan sukantara tertangguh kerana hujan tetapi semuanya dapat dilaksanakan mengikut jadual.



Terima kasih juga kepada Pengetua / Guru Besar sekolah - sekolah yang berhampiran kerana membenarkan guru - guru mereka bertugas sebagai pegawai sukan pada hari tersebut.



Tahniah kepada rumah sukan yang berjaya dalam kejohanan ini.


Friday, August 28, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009

Tarikh : 17 Ogos 2009 ( Isnin )
Tempat : Dataran SK Permas Jaya 4
Pengelola : Panitia Kajian Tempatan




Kepada semua guru, terima kasih atas sokongan dan penglibatan anda dalam menjayakan program ini.




SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-52

Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadhan 1430H


Seluruh warga SKPJ4 mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kerahmatan dan kejayaan di dalam kehidupan kita semua..
Insyaallah....

Kejohanan Bola sepak B11 MSSM Daerah Pasir Gudang 2009

Tarikh : 11 Julai 2009 ( Sabtu )
Tempat : SK Permas Jaya 4 & SK Permas Jaya 3

Sebenarnya pertandingan ini dah lebih sebulan yang lalu tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, baru ni lah dapat dipaparkan di blog ini.

Tahniah kepada guru-guru dan pengerusi-pengerusi teknik zon yang membantu melancarkan pengelolaan pertandingan ini. Kepada pasukan yang menang tahniah diucapkan.

Ke arah kecemerlangan sukan
MSSM Pasir Gudang...

Tuesday, August 18, 2009

Pelancaran Bulan Kemerdekaan






17 Ogos 2009 ( Isnin ) Panitia Kajian Tempatan telah mengadakan pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-52. Majlis perasmian telah berjalan dengan lancar dan teratur ( siap letup-letup lagi ) Tak nak cerita panjang-panjang la, tengok aje la gambar-gambar dan video pelancarannya... jeng.... jenjenggg.......

Program Kesedaran Mengenai H1N1




Program ini adalah atas usaha Panitia PJPK. Bertungkus lumus Bos PJPK semata-mata untuk menjayakan program ini. Anak-anak buah follow je... Jadi pada 15 Ogos 2009 ( Sabtu ) telah dilancarkan Program Kesedaran Mengenai H1N1. Program ini antara lain ialah memberikan info mengenai H1N1, mengadakan demonstrasi mencuci tangan dengan betul, kempen memakai topeng hidung dan mulut. Pada hari tersebut juga setiap guru telah diberikan topeng hidung dan mulut secara percuma oleh Bos PJPK. Pakai tau jangan tak pakai............


Setiap kelas juga telah dihadiahkan sebotol sabun cecair oleh Tn. Hj. Alias ( Guru Besar ) untuk kempen mencuci tangan. Dalam pelancaran program ini, Tn. Hj. Sarijan selaku GPK HEM telah memberikan penerangan mengenai peri pentingnya menjaga kebersihan demi untuk mencegah penularan wabak H1N1. Cikgu Ali Hanafiah telah menayangkan video mengenai cara-cara mencuci tangan dengan teknik yang betul bersama dengan 6 orang murid sebagai modelnya.



Minggu Bahasa Inggeris


Pada 10 hingga 14 Ogos 2009 yang lalu Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti nyanyian, kuiz terbuka, permainan "Win, Lose and Draw" dan juga kuiz bertulis. Aktiviti ini tidak terhad kepada murid-murid sahaja, guru-guru juga aktif mengambil bahagian demi menjayakan Minggu Bahasa Inggeris ini.



Pelbagai hadiah menarik telah diberikan kepada para pemenang. TAHNIAH diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris kerana telah menganjurkan program ini. Kepada semua guru dan murid-murid, terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan dan melancarkan perjalanan program ini. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.




Friday, August 14, 2009

Kibarkan Bendera










Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan ni SKPJ4 telah mengibarkan Bendera Malaysia dan juga bendera negeri-negeri lain di tempat-tempat yang sesuai di sekitar bangunan dan kawasan sekolah. Ini semua kerja-kerja Bos Panitia KT dan konco-konconya................ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52.


Cergasnya........

Pada 3 - 5 Ogos 2009 Panitia PJPK telah melaksanakan Ujian Kecergasan Sekolah Rendah ( SEGAK ) untuk murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 ) Semua murid telah berjaya menamatkan ujian dengan baik dan mengikut jadual.

Terima kasih kepada Bos Panitia PJPK dan anak-anak buahnya yang telah dapat melaksanakan ujian ini mengikut jadual. Jangan lupa Bos tarikh hantar data ujian pada 18 Ogos 2009 nanti. Tak lupa juga kepada 2 orang Guru Pelatih yang telah banyak membantu dalam menjayakan pelaksanaan ujian ini.

Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 29 Mac 2009 ( Ahad ) di Dewan SK Permas Jaya 4. Kehadiran ibu bapa / Penjaga adalah memuaskan.

Sebelum mesyuarat dijalankan, telah diadakan Program Motivasi Ibu Bapa untuk meningkat kesedaran ibu bapa / penjaga mengenai kepentingan menuntut ilmu dan membentuk peribadi anak-anak untuk menjadi anak yang cemerlang.

Terima kasih kepada semua guru kerana telah menjalankan tugas dengan penuh sabar dan bertanggungjawab sehingga ke akhir program.

Hari Terbuka Sekolah 2009

Tarikh : 3 Julai 2009 ( Jumaat )
Masa : 7.45 pagi hingga 12.00 tengahari

Program bertujuan untuk bertemu dan berbincang dengan ibu bapa / penjaga murid mengenai prestasi pelajaran murid berdasarkan peperiksaan / ujian yang telah dijalankan.

Pada hari tersebut juga, pihak sekolah telah membuat kutipan bayaran persekolahan bagi tahun 2009. Semua guru telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang program ini berlangsung.

Kepada ibu bapa / penjaga yang telah hadir pada hari tersebut, terima kasih dan tahniah diucapkan. Harapan kami agar anak-anak / jagaan tuan / puan akan beroleh kejayaan yang CEMERLANG.

Program 'Near Miss' Matematik UPSR Daerah Pasir Gudang 2009

Tarikh :2 & 7 Julai 2009
Tempat : Dewan SK Permas Jaya 4
Peserta : Murid-murid Tahun 6 dari Zon Tiram dan Zon Johor Jaya
Penceramah : En. Ramlee bin Mohamad ( SK Taman Rinting 3 )




Program ini adalah anjuran Panitia Matematik Daerah Pasir Gudang. Tujuan program adalah untuk memantapkan lagi prestasi murid-murid yang berpotensi untuk memperolehi Gred A bagi mata pelajaran Matematik dalam UPSR nanti.

Terima kasih kepada Panitia Matematik SK Permas Jaya 4 yang telah mengelolakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada semua guru SK Permas Jaya 4 atas kerjasama yang diberikan untuk membantu melancarkan perjalanan program ini.