SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Tuesday, August 18, 2009

Program Kesedaran Mengenai H1N1




Program ini adalah atas usaha Panitia PJPK. Bertungkus lumus Bos PJPK semata-mata untuk menjayakan program ini. Anak-anak buah follow je... Jadi pada 15 Ogos 2009 ( Sabtu ) telah dilancarkan Program Kesedaran Mengenai H1N1. Program ini antara lain ialah memberikan info mengenai H1N1, mengadakan demonstrasi mencuci tangan dengan betul, kempen memakai topeng hidung dan mulut. Pada hari tersebut juga setiap guru telah diberikan topeng hidung dan mulut secara percuma oleh Bos PJPK. Pakai tau jangan tak pakai............


Setiap kelas juga telah dihadiahkan sebotol sabun cecair oleh Tn. Hj. Alias ( Guru Besar ) untuk kempen mencuci tangan. Dalam pelancaran program ini, Tn. Hj. Sarijan selaku GPK HEM telah memberikan penerangan mengenai peri pentingnya menjaga kebersihan demi untuk mencegah penularan wabak H1N1. Cikgu Ali Hanafiah telah menayangkan video mengenai cara-cara mencuci tangan dengan teknik yang betul bersama dengan 6 orang murid sebagai modelnya.



No comments:

Post a Comment