SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Tuesday, August 18, 2009

Minggu Bahasa Inggeris


Pada 10 hingga 14 Ogos 2009 yang lalu Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti nyanyian, kuiz terbuka, permainan "Win, Lose and Draw" dan juga kuiz bertulis. Aktiviti ini tidak terhad kepada murid-murid sahaja, guru-guru juga aktif mengambil bahagian demi menjayakan Minggu Bahasa Inggeris ini.



Pelbagai hadiah menarik telah diberikan kepada para pemenang. TAHNIAH diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris kerana telah menganjurkan program ini. Kepada semua guru dan murid-murid, terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan dan melancarkan perjalanan program ini. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.




No comments:

Post a Comment