SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Monday, March 29, 2010

Majlis Bacaan Yaasin

Tarikh : Setiap hari Khamis
Masa : 7.20 am - 7.50 am
Tempat : Dewan Terbuka dan Surau SK Permas Jaya 4



Majlis ini diadakan setiap hari Khamis dikendalikan oleh guru - guru secara bergilir - gilir mengikut jadual yang telah disediakan. Selepas membaca surah Yaasin, Guru Besar akan memberikan kata - kata nasihat sebagai panduan untuk diamalkan oleh semua murid dan guru.



Terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan majlis ini.

Latihan Sukan Balapan & Padang

Bermula 23 Mac 2010 yang lalu semua rumah sukan telah giat berlatih. Guru - guru semua telah mula menurunkan ilmu dan kepakaran mereka untuk membentuk atlet rumah masing - masing supaya memenangi acara yang dipertandingkan.

Kejohanan pada tahun ini akan dilaksanakan pada 22 April 2010. Lebih kurang sebulan je lagi...

Masa Mesyuarat Agung pun semua ahli dan guru rumah telah mula melancarkan perang saraf untuk menunjukkan kekuatan rumah dan keupayaan atlet masing - masing.



Kepada semua atlet, selamat berlatih............... kepada semua guru, selamat melatih...............

Thursday, March 11, 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK B12 MSSD PASIR GUDANG 2010

Tarikh : 23, 24 & 25 Februari 2010
Tempat : Padang SK Permas Jaya 3 & Padang SK Permas Jaya 4


Pertandingan kali ini dijalankan secara karnival melibatkan 44 buah sekolah seluruh PPD Pasir Gudang.

Pertandingan telah dijalankan selama 3 hari dalam keadaan cuaca panas terik.



Terima kasih kepada semua Guru Besar sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tak lupa juga kepada rakan - rakan pengadil yang terpaksa berpanas sepanjang 3 hari untuk memastikan pertandingan ini berjalan lancar dan mengikut jadual.



Tahniah kepada sekolah yang menjadi johan iaitu SK Taman Cendana.

Kepada semua guru SK Permas Jaya 4, terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Monday, March 1, 2010

MINGGU ANTI DADAH

TARIKH : 23 FEBRUARI 2010 hingga 1 MAC 2010


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini antaranya ceramah anti dadah, kuiz interaktif, pertandingan mewarna, pameran dan pertandingan menulis essei.



Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Alias pada 1 Mac 2010. Hadiah-hadiah juga telah disampaikan kepada para pemenang pada majlis tersebut.



Terima kasih kepada semua warga SKPJ4 yang telah sama-sama membantu menjayakan program ini.