SELAMAT DATANG KE BLOG SK PERMAS JAYA 4

Blog ini memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua....

Saturday, February 20, 2010

KURSUS PEMIMPIN KECIL SKPJ4

Tarikh : 6 Februari 2010
Tempat : Dewan SK Permas Jaya 4

Program ini telah dikelolakan oleh Unit Disiplin dan Pengawas. Dalam program ini, semua Pengawas Sekolah telah menerima Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah.



Semoga semua pegawas sekolah dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan penuh tanggungjawab.

Aktiviti Kokurikulum Pertama 2010

Tarikh : 16 Januari 2010

Hari ini adalah hari pertama perjumpaan kokurikulum sekolah. Kehadiran murid amat memuaskan. Kehadiran guru - guru juga penuh. Terima kasih semua.

Aktiviti utama pada hari ini ialah Mesyuarat Agung Kelab / Persatuan untuk ketiga - tiga aktiviti iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab Sukan / Permainan dan Kelab / Persatuan.

Pada awal perjumpaan semua ahli dan guru telah berkumpul di dataran sekolah untuk aktiviti seramrobik sebelum semua ahli bergerak mengikut kelab / persatuan masing - masing.



Aktiviti mesyuarat agung telah dapat dijalankan dengan baik pada hari ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua Guru Penasihat yang telah memastikan kelancaran mesyuarat tersebut.

Terima kasih...

"Ke Arah Kecemerlangan Kokurikulum SKPJ 4"

MAJLIS 'HI - TEA'.....

Tarikh : 6 Februari 2010
Tempat : Hotel Cystal Crown, Johor Bahru.

Majlis ini diadakan sempena perpindahan Pn. Siti Kalthom (GPK1) dan Tn. Hj. Sarijan (GPK HEM) ke sekolah lain disamping menyambut kehadiran 2 orang GPK yang baru iaitu Pn. Hjh. Raah (GPK1) dan Pn. Dasiah (GPK HEM) ke SKPJ4.



Majlis yang bermula jam 3 petang dan tamat pada jam 5 petang itu telah dianjurkan secara sederhana oleh Badan Kebajikan Guru dan AJKnya. Terima kasih kepada semua guru dan staf yang telah hadir ke majlis itu untuk sama - sama menghabiskan segala makanan yang telah dihidangkan... he..he..he.....



Tak lupa juga kepada kengkawan yang telah bersusah payah menSUMBANGkan lagu dalam majlis tersebut.

Semoga majlis ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kita semua warga SKPJ4.

SELAMAT BERTUGAS .....

Selamat bertugas kepada semua warga SKPJ4 pada tahun 2010 ini. Semoga pada tahun ini SKPJ4 akan dapat meningkatkan lagi pencapaian dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.



SKPJ4 juga telah menerima 2 orang GPK yang baru yang diharap membantu meningkatkan pencapaian tersebut. Disamping itu juga SKPJ4 telah menerima 7 orang guru baru. Mereka telah melapor diri pada 4 Januari yang lalu.



Semakin besarlah keluarga SKPJ4 sekarang untuk sama - sama membangunkan sekolah tercinta.....









"KE ARAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4"